Photodune 6745579 modern creative man relaxing on workspace m

Belajar Dari Tutor Terbaik

Pada masa ini, 144 jumlah tutor, mengajar di 1081 bilangan kumpulan untuk 15427 bilangan pelajar

avatar

Graduan Sarjana Muda Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua dengan Kepujian (BASL) di Kolej universiti Islam Antrabangsa Selangor (KUIS). Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Matrikulasi di Pusat Matrikulasi KUIS. Berasal dari Kelantan. Mula melibatkan diri sebagai tenaga pengajar di Arabicara sejak tahun 2018.

avatar

Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Komunikasi Antarabangsa, UIAM. Berpengalaman mengajar sebagai guru tuition bahasa arab dan private tutor bahasa arab di UIAM

avatar

A master graduate of Islamic University Malaysia (IIUM) majoring in teaching Arabic Language as a second language. She obtained her bachelor's degree in Arabic language and literature from IIUM. She has the ability to communicate in four languages, which are Arabic, English, Malay and Indonesian. Previously, she worked as a part-time lecturer at IIUM academy. She taught Arabic level two to CFS students and has also served The Department of Human Sciences, CFS, IIUM as a lecturer for research skills subject.

avatar

Berkelulusan UIAM dalam Jurusan Bahasa Arab. Mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Arab di sekolah rendah dan sebagai tutor persendirian. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Arabicara semenjak Jan 2019.

avatar

Pemegang Sarjana Muda (kepujian) Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa, UIAM. Sedang menyiapkan thesis Master dalam bidang Teaching Arabic for Specific Purposes (TASP) di UIAM Pagoh. Berpengalaman mengajar sebagai pensyarah sambilan Bahasa Arab, UIAM Pagoh dari Feb-Sept 2018.

avatar

Graduan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya. Aktif terlibat dalam dunia Debat Bahasa Arab sebagai peserta dan hakim sejak 2012.

avatar

Graduan Ijazah Sarjana Muda sebagai bahasa kedua di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2019. Telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar Arabicara sejak April 2019.

avatar

Pemegang Ijazah sarjana dalam bidang Sastera Bahasa Arab di UIAM. Beliau mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Arab sebagai pensyarah sambilan di Pusat Asasi UIAM, menjadi pelatih debat Bahasa Arab di peringkat sekolah dan mengajar kelas tambahan untuk subjek Bahasa Arab.

avatar

Sarjana Muda UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul (2015-2018) . Berasal dari Mersing Johor. Kini sepenuh masa berkhidmat sebagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab aliran Sekolah Kebangsaan (SK)