Photodune 6745579 modern creative man relaxing on workspace m

Belajar Dari Tutor Terbaik

Pada masa ini, 144 jumlah tutor, mengajar di 1081 bilangan kumpulan untuk 15427 bilangan pelajar

avatar

Bekas graduan daripada Beijing Foreign Studies University (Bachelor of Art Mandarin Language ) dan Diploma Perguruan Lepas Ijazah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, mesra disapa sebagai laoshi azra mempunyai pengalaman Praktikum di SK Galing, Kuantan, berkhidmat sebagai pensyarah Mandarin di UITM Cawangan Melaka dan kini sepenuh masa berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah di Kelantan selain menjadi tutor di Dunia Mandarin.

avatar

Merupakan anggota yang terawal dalam penubuhan Dunia Mandarin. Berasal daripada Kelantan, mendapat pendidikan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) IPGM Tengku Ampuan Afzan serta Ijazah Sarjana Muda Kesenian Bahasa Mandarin di Universiti Beijing Foregin Studies, Beijing, China. Kini berkhidmat sebagai guru di SK Wakaf Stan, Kota Bharu Kelantan dan tenaga pengajar sepenuh masa Dunia Mandarin.

avatar

Merupakan guru bahasa mandarin di SK Convent Green Lane, Penang. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina di Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa cina lebih daripada 3 tahun.

avatar

Graduan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China dalam bidang Kesenian dan Kesusasteraan Bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Merupakan tenaga pengajar di Dunia Mandarin selama 2 tahun dan kini berkhidmat sebagai guru mandarin di sekolah.

avatar

Berasal daripada Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Beijing Foreign Studies dan juga Diploma Mengajar Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kini merupakan pensyarah bahasa cina di UITM Machang Kelantan dan tenaga pengajar Dunia Mandarin.

avatar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Kesenian Mengajar Bahasa Cina kepada Jurucakap Luar (Bachelor Degree of Arts Teaching Chinese to Speakers of Other Language) daripada Universiti Beijing Language and Culture, Beijing, China serta mempunyai Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Kini berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Mandarin di KV Puteri, Temerloh, Pahang, selain sebagai tenaga pengajar di Dunia Mandarin sepenuh masa.

avatar

Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina daripada Beijing Foreign Studies UNiversity, Beijing, China, selain mempunyai Diploma Pendidikan daripada KUPTM, Kuala Lumpur. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa Mandarin selama 3 tahun di Kolej Professional Mara dan 2 tahun di kolej Mandarin Bangi. Kini bekerja sebagai pensyarah Mandarin di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang.

avatar

Berasal daripada Pasir Mas Kelantan dan mempunyai latar pendidikan daripada (Beijing Language and Culture University, Beijing, China.) dalam Ijazah Sarjana Muda - pembelajaran bahasa cina sebagai bahasa kedua. Kini bekerja sebagai guru di Dunia Mandarin sepenuh masa.

avatar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China dalam bidang - mengajar bahasa cina sebagai bahasa kedua. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa cina lebih daripada 3 tahun. Kini berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Kuantan Pahang.