Photodune 6745579 modern creative man relaxing on workspace m

Belajar Dari Tutor Terbaik

Pada masa ini, 144 jumlah tutor, mengajar di 1147 bilangan kumpulan untuk 16261 bilangan pelajar

avatar

Graduan Ijazah Sarjana Muda lepasan Management and Science University ini bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris malah juga turut fasih dalam berbahasa Mandarin. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Cina memudahkan beliau berkomunikasi dalam bahasa mandarin bersama kenalan dan orang luar. Kini aktif berkhidmat sebagai tutor dan juga seorang marketer yang hebat di sebuah organisasi di Cyberjaya.

avatar

Guru yang berasal daripada Pasir Mas Kelantan ini mendapat pendidikan daripada Universiti Beijing China dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina dan kini menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Kini berkhidmat sebagai guru di Dunia Mandarin.

avatar

Berasal daripada Seremban, masih bujang dan kini berkhidmat sepenuh masa sebagai guru Bahasa Mandarin di sebuah institusi awam Malaysia.

avatar

Mesra dipanggil dengan laoshi Faizah. Berasal daripada Johor dan kini menetap di Jeram Selangor. Mendapat pendidikan Bahasa Cina selama 7 tahun. Berkhidmat sepenuh masa sebagai tutor bahasa Mandarin untuk kanak-kanak dan dewasa.

avatar

Berasal daripada Seri Manjung, Perak, sudah berumahtangga dan kini menetap di Alor Gajah Melaka. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina di Universiti Beijing China dan mempunyai Diploma Pendidikan Bahasa Cina dari Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun. Kini bekerja sebagai tutor Dunia Mandarin disamping berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti awam di Malaysia.

avatar

Mendapat pendidikan dalam Sarjana Muda Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini berkhidmat sebagai tutor Arabicara disamping mengajar di sebuah institut persendirian sebagai Guru Hafazan dan Bahasa Arab.

avatar

Merupakan Graduan Universiti Al-Azhar Ijazah sarjana muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab pada tahun 2019. Sekarang berkhidmat sebagai tutor online di Arabicara selain berkhidmat sebagai guru bahasa arab di salah sebuah sekolah swasta di Bangi.

avatar

Selain berkhidmat sebagai Pensyarah di salah sebuah IPT, Ust Effendy juga aktif sebagai tutor online bahasa Arab yang mengajar pelajar dari pelbagai peringkat usia. Sudah berumahtangga dan kini menetap di Semenyih, Selangor. Mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 16 tahun. Kini menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Bahasa Arab.

avatar

Merupakan bekas graduan Sarjana dalam bidang Syariah daripada Universiti Malaya pada tahun 2019. Mesra dengan panggilan ust Amir, kini aktif mengajar bahasa arab secara atas talian selain bertugas sebagai Pegawai Pengurusan Kebajikan (Anak Yatim) di salah sebuah NGO di Kubang Kerian, Kelantan.