Photodune 6745579 modern creative man relaxing on workspace m

Belajar Dari Tutor Terbaik

Pada masa ini, 144 jumlah tutor, mengajar di 1081 bilangan kumpulan untuk 15427 bilangan pelajar

avatar

Guru yang berasal daripada Teluk Intan Perak ini sangat berdedikasi dan berpengalaman dalam mengajar Bahasa Arab dan Al-Quran untuk pelbagai peringkat umur. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Kini berkhidmat sebagai tutor online dan juga guru di sebuah sekolah swasta di Perak.

avatar

Bekas graduan UIAM dan juga USIM ini, menerima pendidikan Sarjana Bahasa Arab Linguistik di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di UiTM dan kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar Arabicara.

avatar

Selain berkhidmat sebagai tutor online di Arabicara dan juga guru al-Quran dan Bahasa Arab di sebuah sekolah swasta, ustazah Faizah merupakan pemenang anugerah Pendidikan UIAM 2019 dan pelajar terbaik keseluruhan bagi Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM 2019. Kini menyambung pelajaran bagi peringkat Sarjana Pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di UIAM, Gombak.